Seorang Bintara Kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah 8 ribu riinggit, supaya tidak mengenakan tindakan ke atas kapal milik sebuah syarikat, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Rusdi Mohd Joha, 47 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.